Monday, February 28, 2011

PELANCARAN BULAN PPDa PERINGKAT SEKOLAH SMKTK 2011

 
Pn Ommi Kalsom bt Hj Ibrahim, Pengetua SMK Taman Kenari
bergerak ke Dataran Perhimpunan dengan diiringi oleh Saudara Mohd Naim bin Sufian
Ketua Pelajar.

Guru Bertugas Nurul Izza memulakan Majlis Pelancaran Bulan PPDa SMKTK 2011.


Nyanyian Lagu tema PPDa
Barisan Pentadbir yang hadir untuk Majlis Pelancaran Bulan PPDa SMKTK 2011
Belon-belon yang akan dilepaskan sebentar lagi....Belon-belon Perasmian
  yang akan dilepaskan Oleh Yang Berusaha Pn Ommi Kalsom bt Hj Ibrahim
Pengetua SMK Taman Kenari
 Pembacaan Perutusan Oleh Pn Aminatul Zawariah bt Drani
Kaunselor Pelajar/Guru PPDa
Ucapan Perasmian oleh Pn Ommi Kalsom bt Hj Ibrahim
Pengetua SMK Taman Kenari

Upacara Memotong Reben Perasmian

Sebahagian Pelajar SMK Taman Kenari bersama-sama memeriahkan.     
Saudara Mohd Naim mengetuai Ikrar Pelajar

Ikrar Anti Dadah Oleh Pelajar-pelajar SMKTK

 
Belon-belon yang berwarna-warni berada di udara selepas Upacara 
Pelancaran yang disempurnakan oleh Pn Ommi Kalsom bt Hj Ibrahim
Pengetua SMK Taman Kenari
Pada 28 Februari 2011-Isnin

SALAM PPDa BUAT WARGA SMKTK

SALAM PPDa buat semua...dah lama saya tak update blog saya nih kan??? Biasala..hormon berubah-ubah..kekadang rajin,kekadang malas..tapi hormon malasnya hampir mengatasi lebih lagi la..hihi..sempena bulan Mac yang baru je masuk hari ni...nak bertukar menjadi rajin semula la...tambahan pula kerja yang semakin bertimbun dan program yang semakin berlambak ni membuatkan bertambahlah kekangan untuk update blogku yang tercinta ini...

28 Februari 2011...Pelancaran Bulan PPDa Peringkat Sekolah SMKTK baru saje berlalu memberikan satu rasa yang ternilai dalam diri seorang GBK yang amat diperlukan oleh anak-anak tercinta...membuatkan semangat yang sedikit mengurang kembali bertambah apabila ada di antara anak-anak yang melontarkan perkataan positif walaupun baru saja menerima tamparan walaupun baru satu jam program dilancarkan...Terima kasih anakku...terharu dan sedikit terubat hati keibuanku ini...

Saturday, January 29, 2011

KEJAYAAN MEREKA KEJAYAAN KITA JUA...

Pelajar-pelajar Cemerlang PMR 2010

Saturday, January 22, 2011

PUISI BULAN INI - BUAT INSAN BERGELAR MAMA



Mama Yang ku Cintai….

Mama,
Itulah panggilan ku padanya…
Sejak aku dilahirkan lagi..
Aku telah di latih menyebutnya..
Mama yang telah membesarkanku…
Dengan penuh kasih sayang…
Walaupun kedegilan dan kesilapanku
Mama masih tetap tabah…
Dan,
Mampu mengukir senyuman…
Walaupun mama marah padaku…
Mama tetap maafkan aku..

Mama!!!
Maafilah anakmu ini…
telah banyak dosa-dosaku…
padamu mama…

Mama!!
Ampunilah segala salah dan silapku…
Aku berjanji…
Bila aku sudah dewasa…
Akanku belai mama…
Seperti mana mama belai ku dahulu…
Akanku suapkan mama makan..
Seperti dahulu…
Seperti mama memanjakanku..
AKU SAYANG MAMA..
Akanku rindu belaian manja mama….

NOTA DARI PN OMMI KALSOM-PENGETUA SMK TAMAN KENARI


PERJUMPAAN PENGETUA DENGAN PELAJAR TINGKATAN TIGA
SMK TAMAN KENARI

TARIKH: 19 JANUARI 2011

Pemahaman Dalam Kelas
Sebahagian besar masa seorang pelajar banyak dihabiskan di dalam kelas, adakah anda bersetuju? Jika waktu pembelajaran kelas berjaya dioptimakan, ia adalah satu permulaan yang baik untuk menjadi pelajar cemerlang. Tetapi jika anda gagal menggunakannya dengan sebaik mungkin, bab ini mungkin akan dapat membantu anda.
Sebelum itu, apakata kalau kita kira jumlah masa yang para pelajar habiskan di dalam kelas. Katakan waktu persekolahan ialah dari jam 7.30 hingga jam 2.30, dengan waktu rehat dari jam 10.00 pagi selama 30 minit. Maka jumlah masa yang dihabiskan di dalam kelas ialah:
Jumlah dalam sehari : 14.30 – 07.30 = 7 jam
- masa rehat - 30 minit = 6 jam 30 minit

Jumlah dalam seminggu : 6 jam 30 minit x 5 hari = 32 jam 30 minit seminggu
Jumlah dalam sebulan : 32 jam 30 minit x 4 minggu = 130 jam sebulan

Nah, kalau dicongak-congak, jumlah masa yang anda gunakan adalah kira-kira 25% daripada masa seharian anda. Dalam sebulan, anda habiskan 130 jam untuk berada di dalam keasl. Persoalannya, adakah anda telah menggunakan masa itu dengan sebaiknya? Adakah anda benar-benar memahami apa yang diajar oleh guru selama 130 jam sebulan itu? Itu belum termasuk masa belajar di tuisyen. Biasanya pelajar memperuntukkan 2-3 jam sehari di tuisyen. Anda kiralah berapa banyak masa digunakan untuk mendengar pengajaran guru!
Rugilah bagi mereka yang mensia-siakan waktu dalam kelas yang begitu banyak itu. Dan beruntunglah mereka yang pandai mengoptimakan keupayaan dirinya untuk memahami sebanyak mungkin apa yang diajar oleh guru semasa di dalam kelas. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk meningkatkan tahap kefahaman anda semasa belajar di dalam kelas?
Ada satu perkara yang saya ingin kongsikan bersama anda. Ia adalah ‘rahsia penting’ bagi pelajar yang telah cemerlang sebelum ini. Jika anda mengetahui ‘rahsia’ ini, ratusan jam anda di dalam kelas pasti akan menjadi lebih bermakna. Apakah rahsia tersebut? Dapatkan buku “Motivasi Pelajar Super 1″ atau sertai Seminar Motivasi Pelajar Super!


APA KERJA SEBENAR SEORANG PELAJAR?
Jikalau anda bekerja sebagai seorang tukang sapu, anda perlu tahu kawasan mana yang perlu anda pastikan kebersihannya. Kalau anda seorang pemain bola sepak profesional, anda perlu tahu posisi anda dalam pasukan dan apa taktik permainan kali ini. Kalau anda seorang guru, anda perlu tahu subjek mana dan kelas mana yang anda perlu ajar. Kalau anda seorang ibu, anda perlu tahu apa kerja-kerja seorang ibu. Tetapi, bagaimana pula anda sebagai seorang pelajar? Adakah anda sudah tahu kerja anda sebagai seorang pelajar?
Ya, saya percaya, ramai akan menjawab, “Kerja pelajar ialah belajar!”. Yelah, memang kerja pelajar ialah untuk belajar, tetapi, apakah sebenarnya ‘kerja belajar’ itu?
Apa kerja sebenar pemain bola sepak? Ya, secara mudahnya ialah; bermain bola sepak. Tetapi, apakah proses secara terperincinya? Kalau seorang pemain bola sepak tidak tahu tugas dan prosesnya dengan jelas, mungkin dia tidak tahu beraksi kerana dia tidak berada di posisi yang betul. Dia juga mungkin akan kepenatan kerana terpaksa berlari ke sana ke mari, bukannya menguasai kawasan posisinya. Yang lebih penting, kemungkinan besar dia tidak memberikan kesan dan manfaat kepada pasukannya.
Begitu juga dengan seorang pelajar. Anda bukan sahaja perlu tahu kerja, tetapi anda juga perlu tahu proses belajar. Dalam usaha untuk menjadi pelajar cemerlang, anda perlu memahami dengan jelas ‘kerja dan proses’ anda sebagai seorang pelajar.
Secara ringkasnya, saya boleh simpulkan, setiap orang pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, jikakalau mereka menguasai (sekurang-kurangnya) tiga proses pembelajaran iaitu;
Photobucket

1. Faham
2. Ingat
3. Jawab

Itu sahaja? Saya boleh katakan, untuk cemerlang dalam akademik, itu sahaja! Saya lebih suka mempermudahkannya, supaya anda lebih jelas dan yakin tentang apa yang anda perlu lakukan sebagai seorang pelajar. Saya namakan sebagai 3 Misi Pelajar Super.
Apa sahaja perkara yang dipelajari, perlulah difahami, bukan begitu? Kegagalan pelajar banyak bermula daripada kegagalan mereka untuk memahami apa yang diajar oleh guru. Setelah memahami apa yang diajar, mereka perlu mengingatinya. Proses mengingat dan menghafal memerlukan teknik dan strategi yang tertentu. Namun, hafalan sahaja tidak cukup. Anda hanyalah akan diiktiraf sebagai pelajar cemerlang jika anda tahu untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan mengikut skema jawapan, dan untuk itu, anda perlu tahu teknik menjawab peperiksaan. Untuk lebih lanjut,dapatkan buku “Motivasi Pelajar Super I” di pasaran, atau sertai Seminar Motivasi Pelajar Super dalam masa yang terdekat!

1. Berfikiran positif. Anggapkan masa mengulangkaji pelajaran sebagai masa untuk mempelajari sesuatu, bukan untuk melaksanakan tugasan-tugasan sukar. Jika anda asyik memfokuskan fikiran kepada kesukaran dan kepayahan, otak anda akan menjadi penat sebelum anda bermula lagi. Bayangkan anda sedang mencuba keupayaan diri, belajar sesuatu yang baru, dan mempertingkatkan diri sendiri.
2. Jangan pedulikan kebisingan di sekeliling. Anda tidak boleh elakkan kebisingan. Hanya tempat dan waktu tertentu sahaja anda boleh mendapatkannya, tetapi ia bukannya mudah. Jangan jadi terlalu cerewet. Belajarlah untuk belajar di tempat yang ‘agak’ bising. Gunakan kaedah ‘Jangan jaga tepi kain orang’ jika anda ingin ‘mengasingkan diri’ daripada segala kebisingan itu.
3. Gunakan kaedah labah-labah. Jika anda membaling segumpal kertas ke sarang labah-labah, ia akan mengesan satu bentuk gegaran lantas bergegas ke tempat itu. Apabila ia dapati hanya segumpal kertas, ia akan berpatah balik. Jika anda membaling kertas untuk kali kedua, labah-labah itu tidak akan bergegas lagi, kerana dia tahu jenis gegaran kertas yang tidak boleh dimakan itu. Begitu juga dengan anda. Jika anda sedang belajar di dalam perpustakaan, pasti ada orang yang lalu lalang membuka pintu, atau membelek-belek buku, atau berbisik-bisik. Cukuplah hanya sekali anda memandang ke arah mereka. Selepas itu, abaikan mereka. Jadilah seperti labah-labah yang tidak ‘tertipu’ untuk kali kedua.
Photobucket
4. Pastikan semuanya ada di atas meja. Buku, alatulis, dan peralatan yang diperlukan sudah tersedia sebelum anda memulakan ulangkaji anda. jangan biarkan kosentrasi anda terganggu hanya semata-mata terlupa untuk membawa pemadam pensil, atau kertas catitan, atau kalkulator. Cubalah untuk berada di meja belajar sekurang-kurangnya setengah jam sebelum anda bangun untuk melakukan perkara lain.
5. Lupakan yang lain, penuhkan otak anda dengan apa yang akan dipelajari. Buat satu senarai soalan-soalan dalam kepala anda tentang apa yang anda ingin belajar kali ini. Timbulkan pertanyaan-pertanyaan yang mendesak akal supaya berfikir. Dengan ini, otak akan sentiasa ‘melompat-lompat’ dari satu idea ke satu idea yang lain.
6. Jangan tahan lapar. Lapar boleh menghilangkan tumpuan anda tidak kira apa jua keadaan anda. kadangkala ada pelajar yang pergi ke sekolah atau memasuki dewan peperiksaan tanpa makan terlebih dahulu. Akhir sekali kelaparan merobek usus mereka dan tiada satu pun jawapan yang dia ingat. Usah diseksa perut anda yang sedang menyanyi itu. Luangkan sedikit masa untuk mengisi sehingga hilang kelaparan itu.
7. Buat senarai semakan hilang tumpuan. Bunyinya agak menggelikan hati, tetapi ia penting untuk mengingatkan anda, berapa anda telah hilang tumpuan. Bawalah satu kertas kecil, ditulis dengan tarikh dan masa. Setiap kali anda hilang tumpuan, tandakan (?) pada senarai semakan itu. Buat secara tetap dan berterusan sehingga anda benar-benar menyedari betapa banyak diri anda ‘tergelincir daripada landasa yang tepat.
Posted by Admin On June - 22 - 2009
Anda tentu ingin sekali memiliki kemahiran menyoal minda sendiri, bukankah begitu? Tetapi bagaimana untuk melakukannya? (Sebenarnya, anda telahpun menyoal minda sendiri dengan bertanya soalan ini!). Bagaimana untuk menyoal soalan-soalan yang berkualiti kepada minda kita sendiri, supaya tahap pemahaman kita mampu ditingkatkan lagi?
Ermm.. Soalan minda yang baik! Sebenarnya, kebanyakan pelajar yang asyik menyoal minda dengan soalan yang negatif bukanlah kerana mereka suka dan mahir menyoal soalan yang negatif; tetapi ia berlaku kerana ramai orang tidak berapa mahir untuk mengemukakan soalan positif sebanyak yang mungkin. Oleh kerana mereka tidak pernah dilatih untuk bertanyakan soalan-soalan yang berfaedah, maka otak akan menjadi ’bosan’ dan inginkan ’sesuatu untuk dilakukan’. Akhir sekali, otak akan mula bertanyakan soalan-soalan yang boleh membantutkan potensi minda yang sebenar. Jadi, dengan kemahiran bertanyakan soalan yang berkualiti, secara automatik dapat ’menyibukkan’ otak anda daripada berfikir secara negatif.
Jadi, bagaimana untuk mahir menyoal minda sendiri?
Pertama, jika anda tidak tahu apa yang boleh dan patut ditanya, anda boleh mulakan dengan menggunakan 7 Peralatan Bertanya. Apakah dia peratalatan-peralatan itu? Ia adalah:
Photobucket
Apa
Siapa?
Di mana?
Bila?
Berapa? (banyak, lama, sukatan, jarak, tempoh, dan sebagainya)
Kenapa?
Bagaimana?
Anda sudah tentu tahu maksud dan fungsi ketujuh-tujuh kata soal di atas. Apa yang berlaku ialah, ramai orang sudah tahu maksud dan fungsi ketujuh-tujuh kata soal di atas, tetapi tidak betul-betul menggunakannya untuk meningkatkan prestasi diri. Di sini saya ingin memberitahu anda bahawa, semakin cekap anda menggunakan ketujuh-tujuh patah kata di atas, semakin hebat tahap kefahaman anda dalam pelajaran. Cubalah!

Posted by Osman Affan under Fikir
http://www.osmanaffan.com/pic/larang.gifPernahkah anda dengar seseorang merungut tentang sesuatu? Sudah tentu pernah bukan? Cuba ingat semula, apa yang mereka selalu rungutkan? Maksud saya, mereka asyik-asyik merungut tentang apa? Kerja banyak? Sakit hati dengan orang itu dan ini? Dianiaya? Itu dan ini tidak adil? Semua orang penipu dan pembelit? Pilih kasih?Senarai rungutan tentu tidak putus-putus bukan?

Saya percaya anda (tidak kira pelajar atau orang dewasa) sudah biasa mendengar rungutan daripada seseorang. Namun, apa yang mungkin anda tidak perasan atau kurang sedar ialah, orang yang selalu merungut itu adalah orang yang memang sentiasa merungut dalam hidupnya.
http://www.osmanaffan.com/pic/kid.jpgMereka pergi kerja, merungut tentang bos yang terlalu ‘tegas’ dan tidak bertolak ansur. Jika bos mereka bertolak-ansur dan tidak tegas, mereka akan merungut mengatakan bos tidak ada ciri-ciri kepimpinan.
Rungutan mereka ini membuat mata mereka tertutup yang di tempat kerja mereka terdapat 1001 perkara yang boleh membuat mereka bersyukur dan menarik nafas lega. (Percaya atau tidak, orang yang kuat merungut akan merungut tentang artikel saya ini dan mengatakan saya tidak lihat situasi sebenar di tempat kerja mereka. :-)   )

Pelajar yang kuat merungut pula akan merungut tentang infrastruktur sekolah (kerusi senget, almari buruk dan dewan macam pondok nenek kebayan), cikgu tidak pandai mengajar dan boring, buku teks terlalu tebal dan kawan-kawan sekolah yang tidak ada ‘CLASS’.Satu contoh mudah, jika anda atau kawan anda ada akaun facebook, buka dan lihat secara umum status kawan-kawan anda. Setiap hari anda akan terjumpa tulisan-tulisan status yang berbunyi rungutan, sumpahan,  keluhan, tidak puas hati, marah dan bermacam-macam lagi luahan negatif.
Kadangkala saya terasa pelik, adakah dengan merungut dan mengeluh begitu akan buat hidup mereka berubah?Mesej yang ingin saya kongsikan kali ini adalah ringkas sahaja. Jika anda kenal sesiapa yang kuat merungut, mengeluh dan menyalahkan orang lain terhadap sesuatu yang berlaku kepada mereka, JANGAN BERKAWAN DENGAN MEREKA!!
http://www.osmanaffan.com/pic/sakit.gifNamun, satu peringatan, maksud jangan berkawan bukan bermakna saya minta anda putuskan hubungan persahabatan atau persaudaraan dengan mereka. Maksudnya ialah jauhkan sedikit diri kita daripada mereka. Kita tentu masih ingat apa yang Ustazah dan Ustaz kita ajar semasa di sekolah mengenai perumpamaan berkawan dengan tukang besi dan penjual minyak wangi. Saya berani katakan dengan yakin bahawa apa yang kita belajar itu adalah benar.Berkawan dengan orang kuat merungut membuat kita juga mudah merungut.
Kita mungkin tidak suka merungut tetapi disebabkan asyik mendengar orang merungut, kita turut rasa seronok merungut (aktiviti merungut seronok tetapi di dalam hati terasa panas dan bahu terasa beban yang amat berat).”Habis, kalau tidak merungut, saya hendak buat apa? Takkan nak biarkan begitu sahaja?”Seorang guru agama mengajar saya, altenatif kepada merungut ialah
·         Beristighfar. Mohon keampunan daripada Allah kerana manalah tahu rasa hendak merungut itu datang daripada kesilapan atau dosa yang baru kita lakukan.
·         Maafkan kesalahan orang yang menganiayai diri kita dan anggap itu satu ujian Allah buat diri kita.
·         Fikirkan apakah hidayah/petunjuk atau pengajaran yang mungkin Allah mahu kita perolehi daripada sesuatu situasi itu.
Apa yang saya pelajari daripada buku-buku psikologi mengenai alternatif kepada merungut ialah
·         Duduk, tarik nafas dalam-dalam dan kosongkan fikiran. (Kosongkan fikiran dengan hanya fokuskan minda kepada bunyi pernafasan kita. Dengar bunyi udara yang masuk dan keluar).
·         Bayangkan situasi yang membuat kita hendak merungut seperti melihatnya di televisyen dalam minda.
·         Jika nampak situasi itu di dalam minda, gelapkan gambarnya dan kecilkan gambar tersebut sehingga tidak kelihatan lagi.
Apa yang saya sendiri simpulkan daripada semua ajaran ini mengenai alternatif kepada merungut ialah
·         JANGAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG KUAT MERUNGUT!

seorang pelajar yang baik bukan sahaja dapat terima ilmu yang disampaikan oleh gurunya, malah dapat meningkatkan semangat dan keyakinan diri gurunya hingga guru tersebut boleh berkhidmat dengan lebih baik lagi pada masa akan datang’.
Hasilnya, pelajar-pelajar lain akan turut mendapat faedahnya.
Saya tersenyum sepanjang perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur memikirkan tentang perkara ini. Dulu saya fikir seorang guru yang baik mampu menaikkan semangat dan keyakinan diri anak muridnya. Kini saya tersedar yang anak murid juga mampu menaikkan semangat dan keyakinan diri seorang guru.
Jadi, apa kata
·         Jika kita seorang anak murid (tidak kira dalam bidang ilmu apa sekalipun), ucapkan terima kasih kepada guru kita walaupun tidak kelihatan apakah faedah yang bakal kita perolehi daripada perbuatan tersebut.
·         Jika kita seorang guru, hargai segala ucapan dan pemberian anak murid kita. Walaupun anak murid hadiahkan hadiah sekecil satu ucapan selamat, kita boleh gunakannya sebagai satu alat untuk menguatkan lagi semangat dan keyakinan kita bagi terus berjuang menyampaikan ilmu kepada anak bangsa.
 “DUA JALAN”
Dalam hidup ini, kita mempunyai dua jalan. Jalan untuk menjadi orang yang
terbaik dan jalan untuk menjadi orang terjahat atau terburuk. Kita perlu membuat pilihan
kerana tidak mungkin kita dapat menjadi orang yang terbaik dan dalam masa yang sama
menjadi orang yang terjahat. Tambahan pula, hidup kita di dunia ini hanya sekali. Kita
umat akhir zaman biasanya mempunyai jangka hayat sehingga lebih kurang 60 tahun.
Kita boleh membahagikan umur kita seperti berikut;-
14-19:muda Remaja
20-35:muda belia
36-49:Dewasa
50-65:Tua
Perlu diingat bahawa masa muda yang kita miliki sekarang pun hanya sekali.
Ramai di antara pelajar yang mengatakan bahawa oleh kerana masa muda hanya sekali,
maka itulah masanya untuk bersuka-ria sepuas-puasnya.Pelajar yang berpandangan
sebegini akan menempah penderitaan dan kegagalan sebaik sahaja dia tamat alam
persekolahan. Apatah lagi dengan kehidupannya yang akan datang, sudah tentu
bertambah susah, kecuali dia berubah untuk menjadi orang yang terbaik.
Masalahnya sekarang ramai dikalangan pelajar yang memilih jalan untuk menjadi
pelajar jahat atau nakal. Mengikut sangkaan mereka, mereka akan disegani dan digeruni pelajar lain sekiranya dia terkenal dengan kejahatannya. Kejahatan yang dimaksudkan
disini adalah termasuk membuli pelajar, melanggar peraturan sekolah, bergaduh dan
sebagainya lagi.Oleh kerana ingin disegani,mereka mula berkawan dengan kumpulan
pelajar yang terkenal dengan kenakalannya. Untuk berkawan dengan kumpulan pelajar
nakal, seseorang itu dipastikan menghisap rokok.Maka ada dikalangan pelajar yang
masih mentah ini mula belajar menghisap rokok. Bagi mereka, menghisap rokok itu
lambang kedewasaan dan kematangan. Kawan-kawan yang jahat akan sentiasa memujuk
rakannya ke arah kejahatan. Apabila rakannya sudah mahir menghisap rokok, diajaknya
pula menghisap gam. Maka pelajar yang masih mentah itu terus membeli gam 20sen di
koperasi sekolah dan menghisapnya menggunakan penyedut minuman. Kawan-kawan
yang jahat akan membetulkan kesilapannya dan mengajarnya cara-cara yang betul
menghisap gam. Untuk menjadi seorang yang disegani, tidak cukup dengan hanya setakat
menghisap gam, bahkan pelajar ini turut dikenalkan kepada ganja dan pil kuda. Sehingga
mereka sanggup menghabiskan wang beratus-ratus ringgit. Hal ini semua dilakukan
untuk menjadi seorang yang disegani dan hebat. Akhirnya untuk menjadi seorang yang
paling jahat dan paling nakal,pelajar tersebut dipengaruhi pula untuk menghisap dadah.
Seperti biasa , dadah apabila sekali cuba, maka seseorang itu akan terperangkap buat
selama-lamanya. Pelajar yang inginkan kehebatan itu akhirnya menjadi seorang penagih
dadah.
Seorang pelajar, yang umurnya masih muda iaitu 17 tahun telah terperangkap
dalam najis dadah. Masa depannya kelihatan sangat kelam dan menderitakan. Oleh
kerana selalu ponteng sekolah, pelajarannya sangat teruk. Oleh itu, dia sukar untuk mendapat kerja. Kawan-kawan nakalnya dulu masing-masing melarikan diri daripadanya.
Dia mula mencuri untuk mendapatkan dadah. Lihatlah, seorang pelajar yang pada
awalnya inginkan kehebatan dan disegani akhirnya menjadi sampah iaitu sampah
masyarakat. Inilah akibat apabila seseorang itu memilih untuk menjadi terhebat dalam
kejahatan. Ini adalah contoh yang biasa terjadi kepada pelajar lelaki. Bagi pelajar
perempuan pula, contohnya daripada seorang pelajar yang sopan dan bertudung labuh
akhirnya menjadi seorang bohsia yang terlibat dengan pelacuran.
Justeru, tidak dapat tidak, anda perlu memilih jalan nutuk menjadi yang terbaik.
Tidak dinafikan manusia memang dianugerahkan dengan ghorizatul baqa’ (naluri ingin
mempertahankan diri). Allah s.w.t telah menunjukkan jalan untuk memenuhinya iaitu
melalui jalan Islam. Pilihlah Islam sebagai cara hidup anda. Bersahabatlah dengan
kawan-kawan yang bersemangat menyebarkan Islam dan mempunyai akhlak mulia.
Apabila anda menjadi orang yang baik, pertama sekali Allah s.w.t akan suka kepada
anda. Hal ini menyebabkan semua makluk Allah akan menyukai kita. Ini termasuklah ibu
bapa, guru-guru, rakan-rakan, dan seluruh masyarakat akan suka kepada kita. Kita
akhirnya akan menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.

Persediaan Diri Menghadapi Peperiksaan
Dunia sebagai seorang pelajar pasti tidak terlepas daripada peperiksaan.
Dari kecil hingga ke besar, sudah bermacam-macam jenis peperiksaan telah kita tempuhi.
Kadang-kadang kita berasa tertekan dan bosan dengan peperiksaan. Dalam hati kecil kita
sering berkata, “Alangkah bahagianya hidup tanpa peperiksaan!”. Walau apapun
perasaan anda terhadap peperiksaan, anda pasti akan menghadapi peperiksaan. Samalah
halnya dengan mati. Ada orang yang takut mati dan mereka berkata, “Alangkah
seronoknya hidup tanpa mati!”. Namun setiap manusia pasti akan mati. Hadis ada
menyatakan tentang orang yang paling cerdik. Menurut hadis tersebut, orang yang paling
cerdik adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan buat persediaan untuk mati.
Apabila kita mengaplikasinya dengan peperiksaan, maka kita dapat kesimpulan bahawa
pelajar yang paling cerdik adalah pelajar yang sentiasa mengingati peperiksaan dan
membuat persediaan untuk peperiksaan.
Anda tidak perlu terlampau takut terhadap peperiksaan. Apa yang anda
perlu bimbang adalah adakah anda telah mula membuat persedian untuk peperiksaan.
Jika belum, anda perlu fokus dan membuat perancangan kepada aktiviti ulangkaji untuk
peperiksaan. Masa yang masih ada dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti-aktiviti
ulangkaji yang bernilai tinggi dan berkesan. Contohnya dengan cuba menjawab kertaskertas
peperiksaan lepas dengan kaedah berbincang dalam kumpulan. Sebaik-baiknya
anda mengumpulkan kertas-kertas peperiksaan lepas sejak awal-awal lagi. Itulah sumber
anda yang begitu berharga bagi membolehkan anda memperoleh keputusan cemerlang
dengan usaha dalam masa yang singkat. Ramai pelajar berjaya memperoleh keputusan
cemerlang dengan hanya membuat berkali-kali soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
Saya sendiri pun pernah mengalaminya. Saya dapat skor A- subjek yang langsung tidak
dapat difahami dalam kelas dengan hanya cuba menjawab dan menganalisis kertas
soalan-soalan lepas. Sebenarnya telah ramai yang mengetahui rahsia ini terutama pelajar
universiti. Sebab itulah kedai-kedai fotostat menjadi penuh-sesak seminggu sebelum
peperisaan bermula. Mereka semua ingin memfotostat kertas soalan-soalan lepas. Anda,
bila lagi? Selamat mencuba!


Belajar Dengan Niat
“Bahawa segala amal perbuatan itu dengan niat. Dan bagi manusia itu apa yang
diniatkannya.” [Hadis desepakati oleh Bukhari dan Muslim dari Umar]
“Niat orang mukmin itu lebih baik dari amal perbuatannya. ”
[Dirawikan Ath-Thabrani dari Sahal Bin Sa’ad]
Al-Ghazali ada menyatakan adakalanya niat semata-mata tanpa amal
perbuatan lebih baik daripada amal perbuatan semata-mata tanpa niat. Dalam Islam amal
perbuatan yang dilakukan tanpa niat dikira lalai dan tidak beroleh kebajikan. Sedangkan
dengan niat semata-mata tanpa amal perbuatan sudah dikira kebajikan. Cuba anda
renungkan situasi hari ini, berapa ramai yang hadir ke sekolah tetapi tiada niat untuk belajar. Hasilnya, bukan ilmu yang mereka peroleh sebaliknya keletihan dan pembaziran
masa,tenaga dan wang ibubapa semata-mata. Dalam situasi yang lain, berapa ramai yang
mempunyai niat untuk belajar tetapi tiada kemampuan untuk meneruskan persekolahan.
Justeru, orang yang mempunyai niat lebih baik kerana jika mereka berpeluang untuk ke
sekolah, tentu mereka akan belajar bersungguh-sungguh.
Perlu diketahui disini bahawa orang yang cemerlang adalah orang yang
setiap aktivitinya terhasil daripada niat. Bukannya melakukan aktiviti semata-mata tanpa
niat untuk melakukannya kerana ini adalah sifat orang yang lalai. Jika anda ingin menjadi
seorang yang cemerlang, anda harus mempunyai banyak niat untuk melakukan perkara
yang baik. Niat disini bukanlah bermaksud kita hanya melafazkan dalam hati, “aku
berniat bahawa aku belajar bersungguh-sungguh”.
Adakah cukup dengan lafaz niat di hati bahawa “aku merindui dan mencintai si
dia” sedangkan hati kita tidak demikian? Sesungguhnya niat itu adalah tergeraknya jiwa
untuk melakukan ssuatu hasil daripada ilmu dan keyakinannya. Justeru, pertama sekali
kita hendaklah berusaha untuk mengetahi apakah kelebihan-kelebihan melakukan sesuatu
aktiviti. Contohnya adalah kelebihan belajar secara berkumpulan, bertanya di dalam kelas
dan sebagainya. Ilmu tentang kelebihan-kelebihan ini dapat kita perolehi daripada
pembacaan dan bertanya kepada individu yang mengamalkannya.
Niat anda pada hari ini akan menentukan amal perbuatan dan aktiviti anda
pada masa akan datang. Dalam Islam, niat merupakan perkara yang paling mudah tetapi
paling penting dalam melakukan sesuatu amalan. Sebagai contoh, solat tanpa niat adalah tidak sah. Niat adalah perkara paling mudah tetapi kesannya cukup besar. Sekiranya anda
berniat untuk menjadi seorang yang cemerlang pada masa akan datang, tidak mustahil
niat anda akan menjadi kenyataan. Ini kerana sesuatu itu berlaku hasil daripada niat.
Sebab itulah ada mutiara kata yang berbunyi, “berhati-hati dengan siapa yang anda mahu
jadi kerana anda adalah siapa yang anda mahu jadi.”