Saturday, January 22, 2011

UCAPAN TN PENGETUA MINGGU KEDUA-10 JANUARI


Telah seminggu sesi persekolahan 2011 bermula.                                                             (10 Januari 2011)
Alhamdulillah, anak-anak pelajar semua, saya kira telah faham tugas dan tanggungjawab kita dan kita semua telah mula sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.  Ini ditafsirkan daripada suasana yang aman dan harmoni di sini. 
Hari ini saya akan bercakap tentang Disiplin.
Definisi Disiplin:  Kesanggupan seseorang individu/pelajar mematuhi peraturan dan undang-undang, khususnya Undang-undang/Peraturan Sekolah.
Kepentingan Disiplin:  Dapat Melahirkan individu atau pelajar yang bertanggungjawab kepada diri, agama, keluarga, bangsa dan Negara.
Jenis-jenis Pelanggaran Disiplin Pelajar:
  1.  Ponteng sekolah, kelas dan aktiviti kokurikulum.
  2. Mencuri.
  3. Berkasar dan membuli pelajar lain di sekolah.
  4. Berbahasa kesat
  5. Lewat dating ke sekolah/masuk ke kelas.
  6. Membuat bising dan mengganggu pelajaran.
  7. Merosakkan harta benda sekolah termasuk menconteng dinding sekolah.
  8. Pakaian tidak kemas.
  9. Menghisap rokok.
  10. Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran,
Dan lain-lain kesalahan yang tersebut dalam Buku Peraturan Sekolah.
Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar.
  1.  Masalah Pelajar sendiri- boleh diselesaikan dengan berjumpa dengan Kaunselor Pelajar.
  2. Masalah Keluarga.
  3. Masalah Persekitaran-contohnya, sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah ini.
  4. Masalah tidak sesuai dengan Pentadbiran Sekolah. (Konfilk).
Untuk menyelaras isu-isu disiplin di sekolah ini, pihak pengurusan sekolah telah memberikan kepercayaan kepada guru-guru berikut sebagai Jawatankuasa Lembaga Disiplin SMK Taman Kenari 2011:
Jawatankuasa Lembaga  Disiplin
Pengerusi : Tuan Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 1 :Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 :Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha 1: En Rosli bin Din
Setiausaha 2: Pn Paramjit Kaur a/p Kuldip Singh
Ahli Jawatankuasa  : En Jamaluddin bin Che Embi
                                En Azmi bin Razak
                                En Norazman bin Kassim
                                Pn Sailah bt Salam
                                Pn Nor Zalina bt Ismail
                                Semua Kaunselor
                                Semua Guru Kanan Matapelajaran.

Bidang Tugas Jawatankuasa Lembaga Disiplin Sekolah adalah:
  1.  Pilih pengawas pada setiap hujung minggu untuk bertugas pada tahun berikutnya.
  2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar sebagai pemimpin pelajar.
  3. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
  4. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.
  5. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai.
  6. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah.  Semua pelajar mesti memiliki Buku Peraturan Sekolah, mesti baca dan menguasai semua peraturan sekolah, menandatangani pada ruang di belakang buku tersebut, disahkan oleh ibu bapa/penjaga dan Pengetua/Penolong Kanan.
  7. Membantu Pengetua dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang  dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.
  8. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya.
  9. Berhubung rapat dengan Kaunselor  Pelajar untuk menyelesaikan masalah pelajar.
  10. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.
Walau bagaimanapun, semua guru adalah Guru Disiplin khususnya semasa melaksanakan sesi Pembelajaran dan Pengajaran di dalam bilik kelas.
Salah satu focus utama pihak Pengurusan SMK Taman Kenari pada tahun 2011 ini adalah untuk melahirkan para pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi.
Penguatkuasaan Disiplin Sekolah diperkukuhkan lagi oleh Jawatankuasa Pengawas Sekolah, yang terdiri daripada:
Lembaga Pengawas Sekolah
Ex-Officio:Tuan Pengetua
Pengerusi: Penolong Kanan HEM
Timbalan Pengerusi :Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi :Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha :En Jamaluddin bin Che Embi
Ahli Jawatankuasa : En Azmi bin Razak
                               En Rosli bin Din
                               En Norazman bin Kassim
                               Pn Sailah bt Salam
                               Semua Pengawas Sekolah.
Anak-anak sekelian,
Kehidupan kita akan jadi seperti belon yang terlepas dah terus terbang tanpa ada tujuan kalau kita tidak ada disiplin diri.  Kemungkinan belon itu akan meletup dipatuk oleh burung yang berterbangan, atau meletup kerana terlalu panas terkena cahaya matahari atau meletup apabila terkena benda-benda yang tajam.  Mahukah anda semua menjadi seperti belon yang tidak terikat pada tali??
Kalau belon yang terikat pada tali, akan diikat pada satu tempat dan akan tahan lama dan tidak meletup tanpa sebab.
Begitulah kehidupan kita anak-anak sekelian, kalau tak diikat dengan tali disiplin diri, kehidupan kita akan hanyut dan kita tak boleh nak tentukan apakah kesudahannya, seterusnya akan meletup pada bila-bila masa sahaja.  Jika anda semua diikat dengan disiplin diri, kamu akan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terkawal.  Insya allah.
Lembaga Disiplin Sekolah adalah dibantu oleh barisan Pengawas Sekolah yang menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti berikut:
  •  Sebagai penghubung antara pelajar dengan pihak pentadbir dan guru dalam menyelesaikan masalah.
  • Membantu pihak sekolah memastikan peraturan dan undang-undang sekolah berjalan dengan baik, lancer dan sempurna.
  • Menjadi pemimpin kepada pelajar lain dan contoh kepada mereka dari segenap segi seperti akademik, kepimpinan, kurikulum, sahsiah, kerohanian dan lain-lain.
  • Membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan.
  • Penggerak utama aktiviti rasmi sekolah seperti Hari Anugerah Cemerlang, Sambutan Hari Guru, Perayaan –perayaan dan lain-lain.
  • Semua pengawas hendaklah sentiasa bekerjasama di antara satu sama lain dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.
  • Mengawasi, menasihati dan mengambil  tindakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan berhubung dengan pelaksanaan aktiviti.
Anak-anak pelajar SMK Taman Kenari ,
Saya menyeru kepada semua anak-anak pelajar SMK Taman Kenari yang dikasihi sekelian, sama-sama kita tingkatkan disiplin diri kita semua untuk menjadi pelajar yang sentiasa dikagumi oleh guru-guru, rakan-rakan dan keluarga kamu.
Sayangkan diri anda, Sayangkan Sekolah dengan mengamalkan Motto, Iltizam, Cemerlang, Bestari.
Sekian.                                

0 comments: