Saturday, January 22, 2011

UCAPAN TN PENGETUA MINGGU KETIGA-10 JANUARI 2011


Assalamualaikum…wrt…wbt…
Syukur Alhamdulillah, kita telah menjalani cuti hujung minggu selama 3 hari, dan insya allah saya berharap seluruh warga SMK Taman Kenari datang ke sekolah dengan semangat dan tenaga yang lebih untuk menghadapi hari-hari persekolahan pada minggu ini dan minggu yang seterusnya.
Apakah tujuan anak-anak pelajar datang ke sekolah setiap hari??
Tujuan 1:  Sekolah sebagai pusat pendidikan
Tujuan 2:  Sekolah sebagai pusat kesihatan – contohnya ada pemeriksaan gigi, suntikan HPV dan lain-lain pemeriksaan untuk menjadikan setiap pelajar lebih sihat.
Tujuan 3:  Sekolah sebagai pusat Pemulihan – memulihkan anak-anak pelajar yang bermasalah untuk menjadikan kamu semua sebagai remaja harapan negara.
Tujuan 4:  Sekolah sebagai pusat social di mana anak-anak belajar berkawan, berhubung di antara satu sama lain dan belajar bersikap tolenransi di antara satu sama lain.
Tujuan 5:  Sekolah sebagai pusat sukan – melahirkan jaguh-jaguh sukan.
Dengan ini, saya bersama semua guru sangatlah berharap semua pelajar SMK Taman Kenari memahami tujuan-tujuan kamu ke sekolah dan sentiasa berusaha untuk menjadikan sekolah ini sebagai rumah kamu yang kedua yang sentiasa berjasa kepada kamu.
Hari Jumaat lepas, apabila saya dating ke sekolah, saya dapati ada pelajar yang datang ke sekolah menolong guru menyediakan Bilik Anti Dadah dan ada pelajar yang datang pada hari Jumaat untuk kelas tambahan.  Ini adalah satu suasana yang indah bagi saya kerana, terbukti sekolah menjadi kesayangan pada pelajar dan guru.
Dunia persekolahan adalah dunia yang paling indah bagi semua orang.  Orang yang paling untung ialah guru-guru kerana berada di sekolah daripada usia 7 tahun hingga 56 atau 58 tahun,
Dengan itu, anak-anak pelajar, jagalah sekolah kamu ini sebagao rumah kamu yang kedua.
Saya bagi pihak sekolah telah memperbaiki tandas pelajar lelaki dan tandas pelajar perempuan di tingkat bawah untuk keselesaan semua pelajar.  Jadi anak-anak pelajar, hargailah sekolah kamu ini.
Anak-anak pelajar sekelian,
Sayang Sekolah, Sayang Guru, Sayang Pelajaran dan Sayangkan Kejayaan yang bakal kami miliki.
Tidak ada ruginya langsung jika tertumpahnya saying kami kepada sekolah,  guru, pelajaran dan kejayaan yang kamu ingin miliki.
Satu perkara penting lagi, kam u sebagai pengantara pelajar dengan pihak sekolah mesti selalu balik menyampaikan berita tentang sekolah dan guru, kerana seringkali saya menerima ibu bapa yang menyampaikan komen khususnya komen negative daripada para pelajar.  Kamu mempunyai guru-guru yang boleh kamu sampaikan apa sahaja ‘complain’, iaitu:  guru mata pelajaran kamu, guru tingkatan, 3 kaunselor, guru-guru kanan, atau pihak pentadbir termasuk saya.  Dengan itu, anak-anak pelajar, masalah boleh diselesaikan.  Elakkan daripada menyampaikan berita yang tidak betul kepada ibu bapa kamu.
Walau bagaimanapun, saya sedia menerima apa-apa saja komen daripada ibu bapa kamu dan saya bersama semua guru sentiasa berusaha untuk memberikan keselesaan kepada kamu di sekolah ini.
Harapan saya ialah menjadikan sekolah ini tempat yang membahagiakan kamu dan melatih semua pelajar untuk sentiasa bersedia menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.
Anak-anak pelajar SMK Taman Kenari,
Saya menyeru kepada semua anak-anak SMK Taman Kenari yang dikasihi sekelian, sama-samalah kita tingkatkan disiplin diri kita semua untuk menjadi  pelajar yang sentiasa dikagumi oleh guru-guru, rakan-rakan dan keluarga kami.
Sayangkan diri kamu, sayang guru kamu dan sayangkan sekolah dengan mengamalkan motto “Iltizam, Cemerlang, Bestari.”
Sekian.
17 Januari 2011

0 comments: